Tuesday, September 27, 2011

TERSEPIT



TERSEPIT...Jurukamera sambilan RTM, Lufty Ahmad,27, (kiri) menahan kesakitan apabila tangan dan kameranya tersepit di pintu pintu Bas Panorama yang baru dilancarkan. Kejadian berlaku sebaik sahaja tiba di Mydin Wholesales Hypermarkert di MITC Ayer Keroh. 

Tapi alhamdulillahlah ada pihak yang tampil untuk bertanggungjawab terhadap kejadian berlaku dan berjanji akan membayar ganti rugi terhadap kerosakan yang dihadapai rakan saya.

Malangnya kamera yang bernilai kira - kira RM10 ribu milik Lufty yang baru dibeli sejak tiga bulan lalu telah rosak dan tidak boleh berfungsi akibat kejadian itu.
Beliau telah kehilangan punca pendapatan akibat kerosakan kameranya.

Paling meyakitkan hati ada pegawai yang sepatutnya bertanggung jawab membantu mangsa telah berlagak seperti seorang gangster menengking dan marah - marah terhadap saya yang membawa isu kerosakan kamera rakan saya.

Menariknya kejadian tersebut disaksikan sendiri oleh Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam dan beberapa Exco Kerajaan Negeri, Datuk SUK, Datuk Bandar dan beberapa ahli DUN yang kebetulan menaiki bas tersebut bersama - sama beberapa wartawan dan jurugambar. Gambar : GAIE UCHEL / Pemberita : RIZANIZAM

1 comment: